Friday, 6 September 2019

BRACES STORY

Jadi harini dah masuk hari keempat pakai braces/pendakap gigi. So far mulut sangat kering dan sakit dia takdalah sangat . Tapi memang seriously lapar lah jugak sebab makanan keras tak boleh makan . Tak boleh dah nak makan tulang ayam . Ngap Ngap gituww memang tak ada dah ye.

Teringin nak pakai braces ni dah lama dah even dari sekolah menengah . Sebab gigi memang tak rata dan tak confident langsung nak senyum . Kadang ada presentation jenuh cover mulut, apa yang nak diceritakan dekat sini adalah my target untuk tingkatkan confident level. Betul kenapa confident level penting untuk bercakap dengan orang dan if kalau kita nak propose business surely you need some confident.

After some research jumpa Klinik Dr Azreen di facebook dan dapat tahu tentang harga dia yang for me sangatlah murah dan cukuplah dengan duit yang ada sekarang. Klinik Pergigian Dr Azreen dekat Sg Petani betul betul cross Amanjaya Mall fy sertakan dengan maps

Ke lokasi Klinik Pergigian Dr Azreen ←Click sini kalau nak terus ke lokasi

Buka setiap hari Ahad sampai Jumaat (Sabtu Cuti)
9.30 am sampai 6.00pm
Gambar Klinik Pergigian Dr Azreen 
Sumber : Google

Jadi untuk first appointment apa yang kena buat adalah call klinik terlebih dahulu untuk appointment cek gigi sebelum pakai braces. Tapi sebab ada masalah teknikal dekat telefon klinik selalu tak dapat call jadi fy terus pm di facebook Klinik. https://www.facebook.com/344007792367403/posts/1279314925503347/ Ini facebooknya dan boleh tengok mereka sangat aktif dalam sosial media dan info info menarik banyak jugak di kongsikan.

Dah book appointment boleh walk in ke klinik untuk cek gigi selalunya tak ambil masa yang lama lah untuk cek tu dalam 5 minit. Tapi memang ramai buat braces kat klinik ini. Lepas check up Dr akan bagi tahu berapa gigi kena cabut, Macam Fy 4 gigi haha. Then dia akan bagitahu lah kena buat xray ke atau tidak lepastu tarikh untuk pasang braces. Fyi first check up untuk pasang braces is free of charge. Just datang dan tunjuk gigi anda.

Ini pengiraan untuk pasang braces

Deposit : RM 850
Monthly : RM 150
Total Cost : RM 4300

Klinik charges ini termasuk cabut gigi , tampal, cuci dan sebagainya except Xray.

Disebabkan takda xray maka mula lah hunting untuk tempat xray murah . Masa tu pula tengah balik klang and adalah survey untuk xray dan jumpalah Klinik Pergigian Alya, Shah Alam. For me murahlah harga RM 100 je sedangkan kalau area Sungai Petani range untuk Xray Gigi lebih kurang RM 150 - RM 250. Jadi survey kat facebook review pun bagus. Kalau ada orang nak pasang braces dekat sini pon ada buat juga dengan harga yang murah lah jugak . 

Klinik Alya Braces Charges

Deposit : RM 850
Monthly : RM 150

or

Deposit : RM 1200
Monthly : RM 100

Tolong call dan double check price , Inform me kalau ada salah tapi kalau tak silap this is their range of price. Klinik Alya ini ada dekat Shah Alam dan Juga Putra Height 
Lokasi Klinik Alya ←Click sini kalau nak terus ke lokasi

Jadi lepas Xray fy proceed untuk pasang braces, Alhamdulillah Dr done well tak rasa sakit masa itu tapi later after chewing some food me is rindu my teeth hahaha.


Tudia hampa! berlemuih ðŸ¤ªMasha Allah. Jadi Dah pasang maka bermulalah episod jaga gigi pula. Bila dah bayar dekat kaunter assistant dr akan suggest kita beli berus gigi untuk orang pakai braces dan lilin untuk sapu dekat besi supaya tak berlaga dengan mulut. Yang rasa takut nak pakai tu takpayah takut sebab tak sakit cuma tu lah nak makan tu . Nak pasang tu tak sakit , tapi nak cabut 4 gigi jenuh nak mikir. haha Jenis Dr Azreen dia akan cabut selepas sebulan pasang braces untuk kurangkan rasa sakit dekat kita. cabut pon bukan sekali 4 tapi sebulan satu.

So siapa nak pasang fy recommend sangat lah Klinik Pergigian Dr Azreen dan yang penting jangan pakai fake braces kang orang pakai tu lari jenuh hampa takda gigi.

Wednesday, 8 February 2017

TIPS MENDAKI UNTUK PENDAKI NEWBIE/ KUBIS

Aku tulis ini berdasarkan pengalaman mendaki , tapi haritu aku ada pergi camp yang ajar lebih mendalam tips tips penting nak mendaki ini jadi wait up ! aku akan up post tu bila aku rajin. Aku seru kau wahai kerajinan!!



1. Sebelum korang nak start hiking make sure yang korang dah bersenam dulu jangan main redah je nak naik gunung ke bukit bakau ke kalau tak ada stamina yang cukup . sebelum naik tu baik korang pergi belajar lari dulu ke praktis naik turun tangga 100 kali ke then bila rasa badan dah sado sikit barulah boleh naik tanpa keluhan . Nanti kena muscle pain padan muka !

2. Plan seminggu awal sebelum naik bukit dan kalau boleh dua minggu awal sebelum naik gunung . Bukan nak cakap apa nanti korang merana tau . plan last minit kasut lupa nak cuci , rain coat hilang ke apa lagi . Aku taknak korang kelam kabut orang lain dah ready .

3. Dalam masa seminggu ke dua minggu itu korang kena start cari partner nak panjat gunung/ bukit itu jangan gatai gatai nak naik sorang sorang kang kena hempuk tak berlagu je kau nanti . Bukan apa BAHAYA lagi lagi anak dara bahaya hutan tu -_-tahu idok, lainlah awak ada kuasa ultramen ke apa .Dalam 3 – 5 orang pon dah okay !

4. Jadi ini dah masuk part TERPENTING , sebelum naik gunung/bukit tu kalau boleh dapatkan permit . kalau pergi bukit kutu itu permit RM5 je kalau korang takda permit sia sia kena sama 10 RIBU . kalau kaya takpalah . haha kalau taktahu nak ambik permit kebenda pergi balai polis berdekatan kat gunung / bukit itu bagitahu yang korang nak naik gunung itu just sebagai permberitahuan kat dia . Kalau ada renjer hutan kat kawasan bukit/gunung itu bagitahu dia jugak .

5. Sebelum nak panjat itu korang kena makan sikit , makan sikit tau jangan makan banyak . makan just buat alas perut je kalau makan banyak nanti kau yang mengah nak memanjat nanti kalau mengah je takpalah takut nanti kau nak toilet pulak . jangan jadi macam ini naik broga 1 jam turun broga 10 min . Sambil tu korang bawak lah jugak makanan letak dalam beg . ikat ketat jangan berebut dengan monyet kat atas tu sudahlah. Jangan lupa pergi tandas dulu sebelum hiking kat atas tu nanti leceh !

6. Okay pasal barang yang nak dibawa pula , make sure bawak AIR ! AIR adalah part terpenting , kalau boleh handle bawak satu botol air isotonik satu lagi mineral water . kalau larat nak bawak , bawak je tong air yang besar tu . k gurau gurau . JANGAN LUPA bawak bandage , minyak angin atau ubat ubatan yang korang perlukan . Bagi yang asma inhaler jangan lupa . takda siapa nak buat CPR kat mulut kau atas tu ,semua orang dah penat malas layan kau agaknya .

7. Pakai pakaian yang bersesuai jangan pakai baju korporat pulak naik atas itu , tak salah tapi bahaya. Jalan licin ,curam takut tersungkur habis cerita . Pakai lah baju sukan yang bersesuaian , part penting kasut , kalau boleh beli kasut hiking kalau tak boleh pakailah kasut biasa tapi yang tapak dia tak licin . Nanti terseliuh pulak macam aku . hihihi
8.Beg korang kalau boleh bawak yang kalis air , kalau hujan nanti senang korang boleh masuk dalam beg tu terus kalau nak elak hujan . kahkah

9. Belajar jalan yang korang nak daki tu , kadang kadang bukit/gunung ni ada banyak laluan itu sampai ada orang sesat . masuk gunung/bukit harini keluar atau sampai rumah tahun depan . Dia lalu pintu doraemon kot .

10 . Sebelum nak keluar rumah itu bagitahu mak bapak atau penjaga korang ,mintak izin . kita ini kalau nak pergi mana mana pon kena mintak izin mereka. Jadi bila kita pergi mana mana pun hati senang je sebab ada yang mendoakan . hihi

11. Tips yang orang sering lupa atau buat buat taktahu . Kita kalau nak solat kat mana mana pon boleh janji bersih . Kalau nak senang korang pakailah baju yang menutup aurat sambil bawak air minum tu bawak sekali air nak ambik wuduk , atau pon ambik air wuduk sebelum hiking atau korang boleh tayammum , tanah banyak kot kat atas tu . kalau susah awalkan sikit pendakian korang tu dan turun awal jadi boleh kejar waktu nak solat dan juga boleh bersihkan diri . benda senang jangan disusahkan .

Okay, sekian sudah tips berterabur dari saya . nak susun susun sendiri . nak tambah tambah sendiri . nak share silakan . nak hiking jangan lupa bawak saya . hahaha

Ini adalah tips untuk pendakian harian kalau nak yang camp dua tiga hari ke apa tu, tunggu aku pergi tidur dulu . Untuk pendaki yang baru macam aku better korang bawak orang yang memang dah hebat dalam mendaki yang nanti boleh selamatkan korang jika terjadi apa apa masalah . tips mendaki ini dari saya @farahyusman .